Pages

Thursday, 2 April 2015

kenangan zaman budak2-korang mesti ingat ni :)

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?
ni random yang aku terbace kat fb pastu aku tambah2 dr pengalaman aku sendr kecik2 hahahahahahahha...korang toksah nak tipu x pnah buat salah satu e hahahahahahaha
mst korang ingt some ni kecuali korang anak orang senang yang mmg g blk sekolah drebar anto..kat umah bibik buat some! hahahhahahahah iols ank org kampung :) x semua lalui pengalaman yang sama tp kebanyakkan nya hhihiihihih :) jom cek!

kat sekolah ~
  • berus gigi pegang cawan warna warni kat tepi longkang sekolah
  • kene p ospital ramai2 nk cabot o tampal gigi.. pastu suke sbb x yah masok kelas :)
  • minom susu kotak ~ program susu sekolah
  • cikgu nk marah mst guna pembaris kuning yang panjang tu xpon baling kapor atau duster hahahahahah
  • rubber/pemadam sekolah mcm2 gambo nk banyak2 sbb nak buat main lawan pemadam
  • tulis nama budak bising kat papan hitam hihihi budjet bagos kan
  • time rehat bli air sirap 10sen
  • kasot sekolah mst jenama Bata atau Jazz. Pastu tudung ade yang suke tudung senteng. kain senteng. baju senteng hahahahahahaahaaa
  • Lukis burung guna huruf 'm'.
  • Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
  • kat sekolah nk tgg masok kelas main cop tiang, main tenteng, ceper,tutop botol, pepsi cola one two tree main kejar2 pastu duduk kan...kan...kan....
  • Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
  • Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
  • Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS. pastu bawak permainan donkey la monopoly la dam ular la hihihihi
  • keluar kelas lari g bli kat apek jajan luar sekolah
  •  Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
  • Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
  • pakai plastik buku letak kat anak tusung nak bg tudung kemas xpon pakai lilin hahahahahah
  • Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

kat umah ~

  • cerite pemes time kita dulu, doremon, G-Force, Tranformers, Thundercat, Woody WoodPecker, chipmunks, ninja turtle, smurfs, gaban...ade gak ketika sibok dok tgk cite cina bersiri hahahaha.
  • g kedai bli eskrem 10 yang boleh patah tgh2 tu..xpom eskem malaysia, bli  cekedis, mamee, UFO Ding Dang KIKI Buble Gum & paling x lupe TIKAM hahahahah
  • lambat basoh kasot sekolah! basoh2 pastu bagi kering blakang peti ais
  • Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
  • Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
  • Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
  • Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. bila main panas2 dok depan peti ais nak bg sejok badan 
  • Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
  • Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
  • makan gula udang ngn plastik2 dia sekali hihihiihihi
  • Hembus nafas kat cermin tulis 
  • Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
  • Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang. paling best bila ade lektrik some berebut nak tiop lilin bg padam fefeling hari jadi hahahahahaa
  •  Susun kopok Super Ring pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
Mesti korang yang penah lalui pengalaman yang ade ni ngh senyum2 kan...kalau x semua pon mst terselit satu hahahaahahaa...kita dulu Kalau dulu dapat makan KFC pon dah jadi satu kepuasan kan...mcm satu penghargaan bila abah bg bli Kepci...senyum meleret...ye la bkn org senang mane pon....budak2 sekarang Alhamdulillah hidup dalam kemewahan..nak ape semua dapat. eh dah tua sgt ke ade kenangan kecik2 hahahaha...lumrah la kan...usia semakin meningkat...zaman semakin berubah betol x?hahahhahahaah dah tok sah nk senyum sangat! 

4 comments:

  1. best zaman kanak-kanak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman mendewasakan hihiihihhi :)

      Delete
  2. best.. tapi skg dah tak buat cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah kita masih buat yang minom air kat piring tu hhihihihihii

      Delete