Pages

Friday, 13 March 2015

Batu Seremban

ok hari ni meh aku kongsi kan sikt pasal permainan Batu Seremban. 
Jumaat lepas aku ditugaskan sebagai pengadil bagi permainan batu Seremban.
Mst Korang gelakkan batu seremban pun nak ade pengadil hahahahahaa.
Ok Permainan Batu seremban sekarang telah mula dipertandingkan dalam sukan2 dalaman di jabatan dan agensi-agensi kerajaan. 
Selain Batu seremban Permainan tradisional lain seperti congkak juga telah mula diperkenalkan. Korang pernah main batu seremban??? aku rs kebayakkan dari kanak-kanak perempuan tau mcm mae nak mainkan :) Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. 

Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Buah yang digunakan utuk pertandingan hari ini dibuat dari kain yang berbucu segi empat tepat 
yang berukuran 3cm x 3cm dan didalamnya mengandungi kacang hijau.
                                      Satu set yang digunakan mengadungi 5 biji buah                                   
FORMAT PERTANDINGAN :

Lima orang peserta bagi satu pasukan dengan satu set buahbatu seremban yang berukuran sei empat tepat 3cm x3cm 

CARA PERMAINAN :

Buah Satu : 
Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul di tangan kiri ke tangan kanan. 

Buah Dua : 
Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.

Buah Tiga : 
Sama juga seperi buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga. 

Buah Empat : 
Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung. 

Buah Lima : 
Serakkan biasa, ambil serentak 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di tangan kiri, lambung satu buah yang di tangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua buah di tangan kiri dan 2 di tangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ke tangan kanan. 

Buah Sentuh: 
Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah. 

Buah Pungut : 
Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula. 

Buah Tukar: 
Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah di tangan dengan satu buah di lantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah. 

Buah Lambung: 
Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua bijij buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan. 

Buah Timbang: 
Untuk menentukan mata/point timbang buah ke belakang tapak tangan. Sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima. Jika tidak dikira batal.

PERATURAN PERTANDINGAN 
  • Satu permainan tiga pusingan sahaja.
  • Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di tengah-tengah.
  • Permainan dalam satu bulatan dengan pemain diselang-selikan.Contoh – Pemain Kumpulan A diselangkan dengan pemain Kumpulan B. 
  • Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada pemain lain atau pengadil untuk mengetahui pemain telah mati di buah mana. Pemain perlu mengingati di mana pemain telah mati. (Kumpulan boleh menggunakan pemain keenam/simpanan sebagai memperingatkan pemain dan boleh bertanya dengan bahasa isyarat sahaja). 
  • Semasa bermain, pemain tidak boleh mengangkat punggung jika buah yang dilambung agak jauh untuk disambut.
  • Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah dilepaskan ke depan. 
  • Pemain boleh menukar posisi duduk, mengensot atau bergerak punggung selepas buah diselerakkan. Tentukan kedudukan sebelum memulakan pemainan.
  • Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran. 
  • Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang jatuh ke lantai. 
  • Kelek anak adalah tidak dibenarkan.
  • Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya diperingkat ia telah melakukan kesalahan. 
  • Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang. 

Hukuman dan Larangan Batal Permainan
(a) Jika pemain  tidak dapat menyambut buah yang dilambung. 
(b) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain.
(c) Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan, jumlah tidak sama. 
(d) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.


ok bagi yang berminat nak dapat kan buah batu seremban ni jgn segan silu boleh email aku kat misskirokuza@gmail.com 

satu set berharga rm7 sahaja :)

4 comments:

  1. mengimbau kenangan sungguh. skrg ni kalau main pon dah pengkor..hahaha

    ReplyDelete
  2. reha, pernah buat perlawanan permainan ni kat opis lama dulu... memang best! mengimbau kenangan silam... heheheh...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete