Pages

Thursday, 15 January 2015

seniman agung P.Ramlee

semalam aku dengan gang2 pejabat 
berkesempatan melawat Memorial P.Ramlee atau 
Pustaka Peringatan P. Ramlee .
Memorial ini terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee
(juga dikenali sebagai Taman Forlong) di Setapak.
Pintu masuk ke Pustaka P.Ramli

First time aku sampai sini..mmg syok!!!
maybe sebab aku peminat seni jd panahan seni peninggalan beliau amat aku hargai & sanjungi sebagai penggiat seni yang agung


 Tempat agak menarik sebab didalam Memorial ni terdapat semua perjalanan seni arwah P.Ramli dari lakonan nyanyian sehingga ke hasil2 arahan dan 
gubahan lagu beliau.
 Baju-baju semasa penggambaran seperti baju yang dipakai semasa Filem Ali Baba juga masih cantik siap labuci lagi satu set ngn kasut hihihihhihii.

Tempat ni tidak terlalu besar kerana ia merupakan rumah terakhir yang di diami oleh Arwah P.Ramli bersama isteri nya Saloma... Ada juga satu bahagian dalam memorial ini yang masih mengekalkan bentuk asal dengan menempatkan meja makan dan piano arwah P.Ramli :)

Semasa dalam Memorial ni kita tidak dibenarkan untuk ambil gambar..hanya dibahagian luar dan pintu masuk sahaja yang dibenarkan.

.adoi sayang nye....sebab mcm terlalu banyak kenangan seniman agung ni 
yang terlalu memori bagi aku..siap ade surat cinta lg tau dr saloma hihihihihi.....
tp nk buat mcm mane..
arahan is arahan hahahaahaha



di pintu masuk utama :)


Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. 
Seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramli atau nama sebenar beliau Tengku Zakaria bin Tengku Putih. 

ic p.ramli 
sumber : google




Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? 
Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? 
Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? 
Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?



Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. 



Basikal yang digunakan semasa Filem Penarik Becha :)
Fefiling Azizah hahahahahaha


Kereta terakhir Allahyarham P.Ramli 
BAD 3608:)


Jom kita imbau kenangan filem2 P.Ramli
Masuk sini free sahaja ye...cuma korang kene tulis nama sahaja di buku pelawat

Terdapat juga barang2 cenderamata yg dijual di kaunter pendaftaran yang korang boleh bli sebagai kenangan..aku???nan ado sbb x bawak duit hahahahaha

waktu lawatan :)

ape2 pon filem p.ramli memang x lapuk dengan peredaran zaman  sebab stiap hasil seninya sentiasa berkisar tentang masyarakat..jiwa yang paling dekat dengan diri kita 







2 comments:

  1. cerita p ramlee memang evergreen...jarang nak tgk filem2 skang yg evergreen mcm citer p ramlee kan...

    ReplyDelete
  2. tu la @sweet thooth :) karya p.ramlee mmg the best!

    ReplyDelete