Pages

Thursday, 7 June 2012

"pokok semalu dan wanita" ??



pokok semalu :)
eh pokok ke pohon a??????? hihhhihihi makcik kat kampung panggil pokok kome cheq x tau..janji pokok yang same hahahahahaha
korang mst penah tgk kan....tipu lah kalau kate x pnah jumpe........melambak atas tanah hahahahhahahaha
ape2 pon......korang perasan x pokok ni kembang sgt.....geram nak langgar sebb bila dilanggar ia akan menguncup :) dr dulu lagi aku suke langgar pokok semalu ni tapi hati2 pokok semalu ni ada duri nya.....

ok jom fokus ape sebenarnye yang aku nak ceritakan pasal pokok semalu ni............

korang tau x pokok semalu ni adalah seperti wanita.......sifat dan keperibadian seorang wanita itu ada pada pokok semalu.......mungkin ada yang pernah terbaca kisah ini..... kat cni aku kongsikan bagaimana yang dikatakan pokok semalu ni adalah lambang keperibadian wanita :)

inilah pokok semalu
pic : ehsan pakcik google :)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...