Pages

Wednesday, 26 October 2011

cuti deepavali = lepak's day :)


wah meriah melepak sakan la cuti2 deepavali ni kan....ihiihhihi mst byk program yang dah sedia teratur......
me??????????????????
aku lak melepak jerk kat umah dr pagi sampai ptg.... x kemane pon......masak makan tgk tv...tgk cd....hahahhahah ujan lagi pon.... hihiihihiiihi

esok n lusa sambung cuti.....hihihi cuti merehat- rehatkan dr dan minda....sajerk jerk incek hubby ajak cuti lgpun sejak 2 3 bulan ni dia asik busy jerk ngn o/station....so we decide amik cuti same2 tok melepak sesame...hihihi :p
doakan ade yg tercantum tau hahahahhahahahah (tutup telinga!!!!!)

kalu ikotkan hati nak jerk p berjalan2
tapi belum ade ape2 plan lg.....kalu ade nnt pasti akan ku hapdate!!!
so gang happy deepavali n selamat merehat kan dr!!!!!!
:))



terasa mcm nk p honemoon x terancang plak hahhahahahahhaha :p
Monday, 24 October 2011

nk cuti n jalan2 hu~

gang
cube korang kongsikan tempat tok relex kan otak
jalan2 menarik~x terlalu jauh tapi seronok :)
tolong~~~~
Saturday, 22 October 2011

*RINDU*

aduhhhh
dah 2 mgg x blk kpg :(
mood terlalu rindu :(
kita jumpa raya haji k :(
huaaaarrrrgghhh nk nanges raya haji lama lg :(
super dupper indu dah ni x tertanggung dah!

dah indu sgt2 :( kat mak abah
Friday, 21 October 2011

kegilaan ku :) tp aku x gile ok :)

hahahahaha mmg aku gile sgt dok ngdap mende alah ni skrg
mmg x jd keje.......free jerk aku on :) hahhahhaa
sampai emo2 aku marah kan oink2 tu hahahhahahahaha
yeeeaaahhh opkos "angry bird"
syookk abis :))


 
muke syok melayan angry bird (sila abaikan kepucatan muke ku~x semennggah tol....malas nk bertepek ngn makeup hahahhahaha)


yessssss i like :))

Wednesday, 19 October 2011

~kenangan zaman bercinta~

salam uooolllssss..................
:)
memlm ni dok menggodek lappy....bosannyer....incek hubby o/station ke melaka hu
boring sgt puas dah ckp ngn dinding hhihiihihihhihiihih
godek2 jumpe gambo ms bercinta........
sweet moment tp moment pas kawen lg sweet gula3 kan gang hihihihii

kitorg ni zaman bercinta jarak jauh haahahaah aku kt johor
incek hubby kt kl....so mmg jarang jumpe...sampai la aku sambg blajar kt kl bru le date2
hahhaaah tu pun just weekdays...weekend aku blk kpg! homesick!
haahaaah ade abe pon homesick kan aku ni hhihi :p



lrt train......hihihi memula naik bas...upgrade naik lrt...bli moto.....pastu bru naek kete...
yeeeeaaahhh journey bersusah payah bersama haahaaahaah :p




gemuk ade dua dagu haahahahahaaaaa


karok!yeee incek hubby ku kurus byer ms ni hahaahaaahha :p


yeaaaaaahhh ape2 pon alhamdullilah kami diberi peluang untuk mengecapi nikmat kehidupan berumah tangga..... n byk hijrah yang ku temui dalam hidup ini....
semoga kami kekal bahagia
dijauhkan dr bisikan syaitan
dimurahkan dengan rezeki yang melimpah
dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah
amin :)


sengih la sayang hahahhahahahahhaha
:)

"khasiat buah delima"

waluuuuuuuuu semua....... ~(^,^)~
nk kongsi ngn korang pasl buah delima.......sekarang ni kitorg ngh bersungguh2 asik dok mkn buah delima hahahhahahahahhaaa....sedap.....i like :)
tiap2 hr aku n incek hubby kongsi sebj delima....sebelah sorg hihihihihihi



gabar ehsan : pakcik google :p

jom kongsi fakta yang aku jumpe hasil pencariaan incek google pasal buah delima ni :)

“Fakta Tentang Buah Delima BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99


 Buah Delima Penyembuh Penyakit Nabi Ayyub A.S Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.” Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua buah delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut.Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik daripada beribadah satu tahun.”

*kwn2 bersabar k dgn setiap dugaan :)


Buah Delima Ditanam Secara Meluas Seluruh Dunia. Delima adalah antara pokok di syurga, kini ditanam secara meluas sehingga ke China dan California, Amerika Syarikat untuk tujuan komersial. Antara keunggulan buah ini ialah susunan dalamannya. Dalam banyak budaya masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan usia yang panjang. Orang China umpamanya, menjadikan amalan makan buah delima di majlis perkahwinan sebagai lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan yang besar. Ketika zaman Nabi Musa a.s, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam di Palestin yang kini dinamakan Hebron merupakan pengeluar delima atau rumman, Nama Rimmon diambil sempena buah delima. Bagaimanapun, delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan Banjaran Himalaya dan utara India dan berkembang menjadi tanaman penting di pesisir Laut Mediterranean.


Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Khasiat Buah Delima Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan buah delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. la juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah.Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Sementara dalam dunia perubatan Yunani, buah delima mampu mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.”


so jom kita mkn buah delima :))
Thursday, 13 October 2011

gedik2 kat i-city :)

sila jgn termuntah k tgk gambo gedik2 aku kat i-city ni hahhahahahhaha sajer jerk....... :))
berjalan sambil melihat alam......lame x dating mlm2 ngn incek hubby..
janji ade nk melayan aku suke jerk......
:)
kitorg gerak dalm koll0 sabtu mlm ahad lepas... tapi jem punya pasal kitorg sampai area 11 kat shah alam....pusing2 cr paking punya lah ramai umat manusia kat cni sampai nak bayo tiket paking pon beratur pnjg......last guard kat ctu kate le bayo kat pintu keluar...~selamat!!!!! x yah beratur hihihi :)
jln.....klik2.....pastu dah nak ujan baru kitorg grak blk :))
blk sampai kat higway sg besi dalam kol2 
 singgah mcd :)
:))


minah enterprem.....x mau pegang kamera takot gambo  x de hahahhahahahahah :P


nnt pregy x mau wat2 tanduk mcm ni *mak dah marah* sila lempang muke sendr :)


mcm ni boleh hahahahhahahahhahahahaaa

 
suke amik gambo diri sendr....dah kater perasan hahahhahahahahah




my love :)


*sayang kamu byk2*~uuummmppphhhxxxx~~

:)
yeeeaaahhhh budak gemuk nk blk dah :))
hu nyampah tol kene panggil dak gemuk....tapi mmg pon terima kenyataan
(ayat redha)  hahhahaahhahaahaa




Wednesday, 12 October 2011

rabu yang berpekataan sikit2 boleh ??????????

boleh la kan........
sekrg ni mood ngh weng2~~
pening +mengantuk jerk bijik mata ni!
hu + bosan incek hubby o/station ke pahang tok projek seladang.....x do lagi mgg ni sampai sabtu
sorang lagi!!!!! huaaaarggggg :((
jln2 blog kwn 2 pon x sempat ngn internet slow lagi geram nye...nages lg :((
dapat tinggal kan jejak sikit2 jerk sowy ar k~~~
tol2 mood kelaut ni sbb mcm nak demam blk
:((



p/s :_ aku tepek gambo seladang tok korang hahahahhahahaahahha (curik dr gambo keje incek hubby mintak halal yer sayang :) )
motip???? ~ sajerk kot korang x kenal hahahahhahah boleh gitu??????????????
hahahhahahahhaaaa
Monday, 10 October 2011

binatang!

hu x memasal jerk n3 aku hangin satu badan hr ni!
e ni betol2 binantang!
geram nye......ya alllah ko berikanlah balasan pd manusia durjana ni!
bayi baru berusia 23 hr...baru nak lihat dunia.....ape pon dia x tau...
ko sbg bapak nk melayan nafsu serakah ko sampai mcm ni!
eeeee geram2!!!



 kesiannye si comel ni.......kamu x bersalah sayang..kamu terlalu suci :(

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

sumber : infomasi dot my (facebook)
Sunday, 9 October 2011

mari berjimat :))

haluuuuu.......hrni aku nak kongsi ngn korang something.....
produk membasuh ape yang korang gune?????

sabtu lepas kitorng dating kat alamanda n beli brg2 dapurkdat care4 kebetulan mmg aku nak p care4 sbb sabun basuh dah bis :))
korang penah guna x ni ???????????????


yep pencuci pakaian brand care4......aku dah jatuh cinta pada brand ni!!! :))




dulu aku guna kan brand dinamo... tapi setelah di usha oleh sorang member aku ni sbb dia pengguna care4......aku pon try ler...


n hasil nya mmg wow....bau pon wangi...n serius aku suke!!! jatuh cinta plak.....n dapat jimat manyak2!!!!
5liter hanya RM10.30
yup murah kan.....hahahhaha so tok korang yang rs nk berjimat mcm aku p le cr kat care4...n try.....
mst korang senyum :))
hhihihihii
Friday, 7 October 2011

luahan hati

hr ni dapat msg dr anak buah hubby yang kawen bln 6 hr tu,

" kak na baru blk klinik....bgn pg loya n pitam...hr ni sepatutnya period
cek ada 2 line, p klinik cofirm doc kate sebulan "

bace msg aku senyum jerk...alhamdulillah aku lebih tenang sekrg.....alhamdullilah rezeki dia sampai dulu....insyaallah aku bakal menyusul amin :))

paya indah wetlans carnival

walu2~~~
jom3...jom join karnival kat paya indah wetlands kat Dengkil......
Karnival ini merupakan salah satu program kesedaran awam untuk memberi pengetahuan dan maklumat mengenai usaha-usaha Jabatan PERHILITAN dalam memulihara dan memelihara ekosistem Paya Indah Wetlands.  (mendekati keje incek hubby ) :))





thn lepas miss sempat ikut incek hubby join karnival ni kat zoo melaka....mmg syokk oo...tgk telatah org2 yang masuk willife race mcm2 ragam kene cium pokok...kene say i love u kat fasi....(gedddiikkks ok fasi yg mintak ckp i love u tu ) hahahahahahahaaa.....mmg seronok~jom layan karnival thn lepas kat zoo melaka :))





ni gambo burung murai batu antara haiwan yang dilindungi


ni kucing batu kot x igt ler hihihihihi.......ate dah setahun kan hahahahaaha
yeeeaaahh~~~ minah perasan ni enterprem menandatangani guess book :))


time ni incek hubby dah bis tugas....so kacau dia kejap hhihihihihi....





ni anak buah aku yang mmg x tau diam seminit....aku angkut p sane :)) fareez haikal ~



with my sis :))

so kawan2 jom ar beramai join :)) x rugi kalu p dapat tambah ilmu :))
mane tau rezeki n jodoh kite jumpe kat sane!!! :))
.
Karnival ini akan diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 8 & 9 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad) di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara aktiviti akan dijalankan sepanjang Karnival ini antaranya
Pameran dan Jualan,
Pertandingan Fotografi Telefon Berkamera, (Nk masuk senang sbb pakai kamera henpond! tapi atleast kene 3mp tau ) 
Pertandingan Pakaian Beragam Hidupan Liar Kanak-kanak(seronoknye kan....ada bb pakai kan baju rimau....so so cute!!!!!!!) bestnye~~~~ thn depan ar hiihihihihk~~~ 
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak,
Pertandingan Memancing (terbuka),
Pertandingan Sukan Rakyat,
Pertandingan ‘Wildlife Quiz’ dan
Pertandingan ‘Wildlife Race’.  
.
Majlis Penutupan Karnival ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2011 (Ahad) jam 12.00 tengahari di Paya Indah Wetlands. Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). 
.

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat-menyurat, sila hubungi: 
.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM 10, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9086 6814     Fax: 03-9075 2873 
.
atau
.
Paya Indah Wetlands
KM 4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-8768 7616/ 8726/ 8343       Fax: 03-8768 8424


belanjawan 2011

yeaaahhh pastinya some orang x sabar menunggu jam 3 petang hr ni!!!!
hoooyeeeaaahh~~~~
belanjawan!!!!!
agak2 menguntungkan pengguna o x.....
mintak2 ar suara rakyat ni didengari
hihihihi,......
agak2 nak bg bonus o kenaikan gaji x???? :))
jgn dok potong elaun sudah hahahahahahahah
peace!!!!!!
Wednesday, 5 October 2011

sampai hati mereka :(

sampai tol hati perempuan ni :(
emo tol aku ngn kes2 mcm ni geram! sakit hati! benci!
bersyukurlah ko dah dititipkan permata paling berharga oleh Allah
walau hakikatnya ko mulakan dengan mengingkari Nya!
aku benci manusia mcm mereka! tapi manusiakah mereka ini????????????????
gerammmmmmmmm!!!!!!!!!!!

"ya allah kau berikan aku ujian betapa sukarnya aku memperoleh permata itu, agar aku menghargainya tapi mereka membiarkan permata itu, membuangnya tanpa secalit rs bersalah.....

petikan dr kosmo:

Wanita ditahan kes jumpa mayat bayi

03/10/2011 1:35pm

 
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita berumur 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat bayi perempuan di dalam longkang di sebuah flat di Taman Selayang Segar 2 di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, wanita tersebut yang merupakan seorang pelatih di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang ditahan di asramanya kira-kira pukul 9.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah melahirkan bayi tersebut di tandas asrama penginapannya yang terletak berhampiran restoran itu kira-kira pukul 4 pagi.
"Selepas melahirkan, suspek mendakwa bayinya tidak lagi bernyawa dan mengambil keputusan untuk membuangnya ke dalam longkang,” katanya. - Bernama

sumber dari harian metro :-
Mayat Bayi dalam plastik

DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.

“Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat.

“Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin.

Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan.


sumber : harian metro

Tinggal Bayi Dalam Plastik

KUALA LUMPUR: “Kasihan melihat keadaan bayi yang ditinggalkan dalam balutan plastik, saya berlari mengambil payung di pondok pengawal untuk melindungi bayi itu,” kata Nair Sagar, berhubung penemuan bayi seorang perempuan di Platinum Walk, semalam.
Nair, 19, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan berkata, penemuan bayi perempuan yang dipercayai dibuang itu dimaklumkan seorang lelaki yang mahu meletakkan kenderaan di bangunan terbabit di Jalan Langkawi Danau Kota, Setapak.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat itu dibaluti beg plastik, surat khabar dan sehelai kain, malah terdapat lubang kecil pada plastik berkenaan dipercayai bagi membolehkan bayi itu bernafas.

“Selepas dimaklumkan lelaki terbabit, saya memeriksa bungkusan terbabit dan mendapati ia berisi bayi. Saya buka balutan terbabit kerana bimbang dia kepanasan sebelum meminta bantuan majikan membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, polis dan anggota paramedik tiba di tempat kejadian 10 minit selepas itu dan memotong tali pusat bayi berkenaan. Bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. Katanya, keadaan bayi itu kini dilaporkan sihat dan tiada kecederaan.

Sumber : harian Metro

Mayat bayi Dalam Komuter

PELABUHAN KLANG: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui di bawah tempat duduk gerabak hadapan komuter yang berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini, hari ini.
Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan turut diletakkan bersama mayat itu ialah sehelai sejadah serta surah Yasin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang tukang cuci gerabak komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika membersihkan gerabak di stesen Pelabuhan Klang," katanya.



byk lagi kan kalu kita bace di dada2 akhbar .....di media elektronik mahupun media massa :(
sedih tol aku ngn manusia yang mcm binatang....aku rs salah penggunnaan ni sbb binatang pon lebih mulia menyayangi anaknya....

"wW"


p/s :- indu zaman anak dara plak :))
Monday, 3 October 2011

demam :(

haduiiiii demam lor....dah 4 hr x chat2.....
actually x la demam teruk sgt tapi selesema n batok ni jadikan dr ku lemah
jangkitan dr incek hubby hahahhahahah~~ baik nya tuduhan....
padahal die demam sebelum o/station lagi hahahahhaha
walu cik miss.....tu 2 mgg lepas....ahak.......
adoiiii tol2 x larat sgt rs sekarang ni!!!!!!
nak mc incek hubby o/sation lagi :((
mintak2 demam ade makne~~ best gak ahhaaaaksss....berangan lebih ni hahahaaaaaaa
Sunday, 2 October 2011

kejadian sedih jumaat 30/9/2011

 jumaat
30/9/2011~hari terakhir dalam bulan september
kejadiaan malang menimpa kami sekeluarga dan beberapa keluarga
di tempat ibu ku mencari rezeki :(

pagi jumaat hr tu aku dapat panggilan dr akak ipar aku....dia bgtau yang kedai mak terbakar
punya lah terkejut...x dapat aku bayangkan mcm mane ar keadaan kat sane......

col mak x dpt2...rupenye hs mak tertinggal kat dalam kedai.....tapi alhamdullliah nasib baik mak ngn abah x apa2...n x do kecedaraan serius dan maut.....alhamdullilah.......

tapi ape yang pasti kejadian berpunca dari gas yang meletup di kedai sebelah tempat mak aku....akibat dr kecuaian  pemilik yang menukar gas tanpa memadam kan api terlebih dahulu.......kecuaian yang mengakibatkan 5 keluarga hilang punca pendapatan......tapi nak kate ape nasi dah jd bubur...x guna menundung jari kepada sesiapa.......

ni petikan dr FB jabatan bomba dan penyelamat

SEGAMAT: “Selepas letupan, api terus menjulang menjadikan sekitar terminal seperti medan perang,” kata seorang peniaga Terminal Bas Segamat di sini ketika menceritakan kebakaran di situ yang memusnahkan lima gerai makan serta empat kaunter ...tiket di tingkat satu, semalam.

Peniaga gerai makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Gayah, 57, itu berkata kejadian jam 10.40 pagi dengan satu letupan kuat menggegarkan terminal bas berkenaan.

“Ketika memasak di gerai, saya dengar peniaga gerai makanan berhampiran menghidupkan gas memasak sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api terus menjulang lantas menyambar siling bangunan menyebabkan semua peniaga dan pelanggan bertempiaran melarikan diri,” katanya.

Menurut Gayah, ketika berlari turun, dia turut mendengar beberapa lagi letupan kuat dan mendapati ruang makan dan kaunter tiket di terminal itu sedang terbakar.

“Walaupun rugi ribuan ringgit, saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, bagi Alias Abas, 41, yang melecur tangan kirinya akibat letupan, dia turut bersyukur kerana hanya mengalami edera ringan.

“Semuanya berpunca daripada tong gas memasak di gerai saya, ketika kejadian saya menggunakan tiga dapur dan empat gas memasak.

“Saya mencabut satu daripada kepala gas memasak sebelum mendapati gas mula menyembur keluar,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Jalan Muar.

Menurut Alias, api tiba-tiba menyambar tong gas berkenaan dan dia cuba mengangkatnya untuk dibaling keluar, namun tong gas itu meletup sebelum dia sempat melakukannya.

“Api menyambar tiga lagi tong gas dan berlaku beberapa letupan sebelum api menyambar siling,” katanya yang berniaga di terminal bas itu sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Razak Saibon, 55, berkata, tempat kejadian kira-kira 50 meter dari premis bomba membolehkan pihaknya cepat tiba dan seterusnya mengawal api dengan pantas.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.41 pagi dan 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran dikawal dalam masa kurang 20 minit. Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran tong gas memasak yang meletup dan menyambar premis berhampiran,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat, Ismail Abu berkata, pihaknya akan berbincang mencari penempatan lain bagi peniaga yang terbabit dalam kebakaran itu.

“Kami harap peniaga bersabar malah berhati-hati ketika memeriksa premis masing-masing yang terbakar,” katanya.

Menurut Ismail, terminal bas itu mula beroperasi pada 2001 dan menempatkan 72 lot gerai dengan kadar sewa RM135 sebulan....

Oleh Ahmad Ismail
metrojb@yahoo.com
ni pulak gambar ehsan yang aku dari kwn fb ku
sumber : fb jabatan penerangan segamat dan group fb segamat