Pages

Wednesday, 5 October 2011

sampai hati mereka :(

sampai tol hati perempuan ni :(
emo tol aku ngn kes2 mcm ni geram! sakit hati! benci!
bersyukurlah ko dah dititipkan permata paling berharga oleh Allah
walau hakikatnya ko mulakan dengan mengingkari Nya!
aku benci manusia mcm mereka! tapi manusiakah mereka ini????????????????
gerammmmmmmmm!!!!!!!!!!!

"ya allah kau berikan aku ujian betapa sukarnya aku memperoleh permata itu, agar aku menghargainya tapi mereka membiarkan permata itu, membuangnya tanpa secalit rs bersalah.....

petikan dr kosmo:

Wanita ditahan kes jumpa mayat bayi

03/10/2011 1:35pm

 
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita berumur 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat bayi perempuan di dalam longkang di sebuah flat di Taman Selayang Segar 2 di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, wanita tersebut yang merupakan seorang pelatih di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang ditahan di asramanya kira-kira pukul 9.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah melahirkan bayi tersebut di tandas asrama penginapannya yang terletak berhampiran restoran itu kira-kira pukul 4 pagi.
"Selepas melahirkan, suspek mendakwa bayinya tidak lagi bernyawa dan mengambil keputusan untuk membuangnya ke dalam longkang,” katanya. - Bernama

sumber dari harian metro :-
Mayat Bayi dalam plastik

DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.
PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.

“Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat.

“Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin.

Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan.


sumber : harian metro

Tinggal Bayi Dalam Plastik

KUALA LUMPUR: “Kasihan melihat keadaan bayi yang ditinggalkan dalam balutan plastik, saya berlari mengambil payung di pondok pengawal untuk melindungi bayi itu,” kata Nair Sagar, berhubung penemuan bayi seorang perempuan di Platinum Walk, semalam.
Nair, 19, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan berkata, penemuan bayi perempuan yang dipercayai dibuang itu dimaklumkan seorang lelaki yang mahu meletakkan kenderaan di bangunan terbabit di Jalan Langkawi Danau Kota, Setapak.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat itu dibaluti beg plastik, surat khabar dan sehelai kain, malah terdapat lubang kecil pada plastik berkenaan dipercayai bagi membolehkan bayi itu bernafas.

“Selepas dimaklumkan lelaki terbabit, saya memeriksa bungkusan terbabit dan mendapati ia berisi bayi. Saya buka balutan terbabit kerana bimbang dia kepanasan sebelum meminta bantuan majikan membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, polis dan anggota paramedik tiba di tempat kejadian 10 minit selepas itu dan memotong tali pusat bayi berkenaan. Bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. Katanya, keadaan bayi itu kini dilaporkan sihat dan tiada kecederaan.

Sumber : harian Metro

Mayat bayi Dalam Komuter

PELABUHAN KLANG: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui di bawah tempat duduk gerabak hadapan komuter yang berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini, hari ini.
Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan turut diletakkan bersama mayat itu ialah sehelai sejadah serta surah Yasin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang tukang cuci gerabak komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika membersihkan gerabak di stesen Pelabuhan Klang," katanya.



byk lagi kan kalu kita bace di dada2 akhbar .....di media elektronik mahupun media massa :(
sedih tol aku ngn manusia yang mcm binatang....aku rs salah penggunnaan ni sbb binatang pon lebih mulia menyayangi anaknya....

5 comments:

  1. Tu la.. ida pun bengang je! Rasa nak sepak sepak je sapa yang buang bayi tu !

    *ce bagi ida.....*

    ReplyDelete
  2. mungkin suatu hari nnt, saat mereka dh sedar silap mereka, kering air mata pun, xkan bisa menghilangkan sesal dihati atas tindakan tak berperikemausiaan ni..

    doakan moga2 mereka diberikan hidayah..

    ReplyDelete
  3. manusia sudah hilang sifat peri kemanusiaan..

    ReplyDelete
  4. tak paham dengan manusia sekarang... berani 'buat' tak berani tanggung...

    ReplyDelete
  5. zana pun geram dgn isu ni.. kita hari2 menangis2 bila teringat yg belum ada anak, tp diaorang senang2 jer buang anak tu.. sedih sangat.........

    ReplyDelete