Pages

Friday, 7 October 2011

paya indah wetlans carnival

walu2~~~
jom3...jom join karnival kat paya indah wetlands kat Dengkil......
Karnival ini merupakan salah satu program kesedaran awam untuk memberi pengetahuan dan maklumat mengenai usaha-usaha Jabatan PERHILITAN dalam memulihara dan memelihara ekosistem Paya Indah Wetlands.  (mendekati keje incek hubby ) :))





thn lepas miss sempat ikut incek hubby join karnival ni kat zoo melaka....mmg syokk oo...tgk telatah org2 yang masuk willife race mcm2 ragam kene cium pokok...kene say i love u kat fasi....(gedddiikkks ok fasi yg mintak ckp i love u tu ) hahahahahahahaaa.....mmg seronok~jom layan karnival thn lepas kat zoo melaka :))





ni gambo burung murai batu antara haiwan yang dilindungi


ni kucing batu kot x igt ler hihihihihi.......ate dah setahun kan hahahahaaha
yeeeaaahh~~~ minah perasan ni enterprem menandatangani guess book :))


time ni incek hubby dah bis tugas....so kacau dia kejap hhihihihihi....





ni anak buah aku yang mmg x tau diam seminit....aku angkut p sane :)) fareez haikal ~



with my sis :))

so kawan2 jom ar beramai join :)) x rugi kalu p dapat tambah ilmu :))
mane tau rezeki n jodoh kite jumpe kat sane!!! :))
.
Karnival ini akan diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 8 & 9 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad) di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara aktiviti akan dijalankan sepanjang Karnival ini antaranya
Pameran dan Jualan,
Pertandingan Fotografi Telefon Berkamera, (Nk masuk senang sbb pakai kamera henpond! tapi atleast kene 3mp tau ) 
Pertandingan Pakaian Beragam Hidupan Liar Kanak-kanak(seronoknye kan....ada bb pakai kan baju rimau....so so cute!!!!!!!) bestnye~~~~ thn depan ar hiihihihihk~~~ 
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak,
Pertandingan Memancing (terbuka),
Pertandingan Sukan Rakyat,
Pertandingan ‘Wildlife Quiz’ dan
Pertandingan ‘Wildlife Race’.  
.
Majlis Penutupan Karnival ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2011 (Ahad) jam 12.00 tengahari di Paya Indah Wetlands. Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). 
.

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat-menyurat, sila hubungi: 
.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM 10, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9086 6814     Fax: 03-9075 2873 
.
atau
.
Paya Indah Wetlands
KM 4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-8768 7616/ 8726/ 8343       Fax: 03-8768 8424


0 comments:

Post a Comment