Pages

Sunday, 2 October 2011

kejadian sedih jumaat 30/9/2011

 jumaat
30/9/2011~hari terakhir dalam bulan september
kejadiaan malang menimpa kami sekeluarga dan beberapa keluarga
di tempat ibu ku mencari rezeki :(

pagi jumaat hr tu aku dapat panggilan dr akak ipar aku....dia bgtau yang kedai mak terbakar
punya lah terkejut...x dapat aku bayangkan mcm mane ar keadaan kat sane......

col mak x dpt2...rupenye hs mak tertinggal kat dalam kedai.....tapi alhamdullliah nasib baik mak ngn abah x apa2...n x do kecedaraan serius dan maut.....alhamdullilah.......

tapi ape yang pasti kejadian berpunca dari gas yang meletup di kedai sebelah tempat mak aku....akibat dr kecuaian  pemilik yang menukar gas tanpa memadam kan api terlebih dahulu.......kecuaian yang mengakibatkan 5 keluarga hilang punca pendapatan......tapi nak kate ape nasi dah jd bubur...x guna menundung jari kepada sesiapa.......

ni petikan dr FB jabatan bomba dan penyelamat

SEGAMAT: “Selepas letupan, api terus menjulang menjadikan sekitar terminal seperti medan perang,” kata seorang peniaga Terminal Bas Segamat di sini ketika menceritakan kebakaran di situ yang memusnahkan lima gerai makan serta empat kaunter ...tiket di tingkat satu, semalam.

Peniaga gerai makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Gayah, 57, itu berkata kejadian jam 10.40 pagi dengan satu letupan kuat menggegarkan terminal bas berkenaan.

“Ketika memasak di gerai, saya dengar peniaga gerai makanan berhampiran menghidupkan gas memasak sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api terus menjulang lantas menyambar siling bangunan menyebabkan semua peniaga dan pelanggan bertempiaran melarikan diri,” katanya.

Menurut Gayah, ketika berlari turun, dia turut mendengar beberapa lagi letupan kuat dan mendapati ruang makan dan kaunter tiket di terminal itu sedang terbakar.

“Walaupun rugi ribuan ringgit, saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, bagi Alias Abas, 41, yang melecur tangan kirinya akibat letupan, dia turut bersyukur kerana hanya mengalami edera ringan.

“Semuanya berpunca daripada tong gas memasak di gerai saya, ketika kejadian saya menggunakan tiga dapur dan empat gas memasak.

“Saya mencabut satu daripada kepala gas memasak sebelum mendapati gas mula menyembur keluar,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Jalan Muar.

Menurut Alias, api tiba-tiba menyambar tong gas berkenaan dan dia cuba mengangkatnya untuk dibaling keluar, namun tong gas itu meletup sebelum dia sempat melakukannya.

“Api menyambar tiga lagi tong gas dan berlaku beberapa letupan sebelum api menyambar siling,” katanya yang berniaga di terminal bas itu sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Razak Saibon, 55, berkata, tempat kejadian kira-kira 50 meter dari premis bomba membolehkan pihaknya cepat tiba dan seterusnya mengawal api dengan pantas.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.41 pagi dan 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran dikawal dalam masa kurang 20 minit. Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran tong gas memasak yang meletup dan menyambar premis berhampiran,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat, Ismail Abu berkata, pihaknya akan berbincang mencari penempatan lain bagi peniaga yang terbabit dalam kebakaran itu.

“Kami harap peniaga bersabar malah berhati-hati ketika memeriksa premis masing-masing yang terbakar,” katanya.

Menurut Ismail, terminal bas itu mula beroperasi pada 2001 dan menempatkan 72 lot gerai dengan kadar sewa RM135 sebulan....

Oleh Ahmad Ismail
metrojb@yahoo.com
ni pulak gambar ehsan yang aku dari kwn fb ku
sumber : fb jabatan penerangan segamat dan group fb segamat


1 comments:

  1. miss, banyakkan bersabar ek...alhamdulillah parents miss selamat...moga miss dan keluarga tabah menghadapi musibah ini...

    ReplyDelete